Friday, March 19, 2010

Mural in 1 day




Menyiapkan mural tabika dalam 1 hari.


@ 9.00 am



@ 9.30 am



@ 10.00 am



@ 11.00 am



@ 12.00 mid day -rest



@ 3.00 pm



@ 4.00 pm




@ 5.00 pm




@ 6.30 pm

Wednesday, January 13, 2010

Tempua Creative.


Tempua Creative adalah sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan menghias premis, tempat tinggal atau bangunan dengan lukisan dinding atau selalu disebut sebagai mural kepada masyarakat. Ia ditubuhkan secara tidak rasmi pada awal tahun 2006 dengan nama asal Creative Handworks dan mempunyai tiga tenaga kerja yang berkemahiran dalam menjalankan kerja-kerja membabitkan seni kreatif terutama lukisan mural yang memerlukan pemahaman yang tinggi tentang seni tampak.
Setelah mengumpul pengalaman selama 2 tahun, ahli-ahli tim kami nekad menjalankan perniagaan ini secara serius dengan mendaftar nama syarikat di SSM. Kami merasai patut menukar nama kepada suatu nama yang lebih bernilai komersial dan mudah diingati. Tempua Creative diambil dari sejenis nama burung yang mempunyai kemahiran menghasilkan sarang dengan bentuk yang pelbagai dan menarik. Dianggap sebagai burung yang paling kreatif, ianya dijadikan simbol kepada tim kami dalam merealisasikan impian. Kami melihat premis-premis yang bersuasana muram, persekitaran yang suram, institut-institut pendidikan yang kurang ceria dan suasana kediaman perlu dihiasi dengan seni lukisan mural ini. Selain mencantikkan suasana seni mural juga cukup kaya dengan nilai-nilai kesenian dan boleh ditambah di dalamnya nilai-nilai kebudayaan atau apa sahaja sehingga menjadikannya lukisan mural ini hasil seni yang berfungsi samada mendidik atau memberi mesej-mesej tertentu.
Dengan kos yang murah masa untuk disiapkan adalah singkat dan juga mural bersifat lebih tahan lama sehingga menjangkau usia lima ke lapan tahun, ia mungkin boleh menjadi alternatif yang lebih baik berbanding kanvas yang dicetak oleh mesin pencetak laser atau inkjet dan ditampal pada dinding untuk menghiasi dinding yang kosong.

Pada tahun 2010 ini, syarikat ini telah melalui pelbagai cabaran dan halangan dalam mematangkan syarikat ini. Rakan kongsi yang silih berganti, ketidakpercayaan masyarakat terhadap perkhidmatan kami, masalah promosi dan pemasaran perkhidmatan untuk syarikat yang baru seperti kami menjadi halangan biasa untuk terus bergerak secara lancar. Namun dengan semangat yang ada pada salah seorang ahli lama meneruskan usaha yang dicetuskan olehnya sendiri dengan lebih bersistematik. Dalam pada itu, sehingga penghujung tahun 2009 berpuluh-puluh tempat (mungkin sudah mencapai angka 100 atau lebih) antaranya institusi awal pendidikan negara (tabika, taska, prasekolah, sekolah rendah. sekolah menengah) premis perniagaan seperti restoran serta pelbagai-bagai tempat lagi di seluruh negara telah berjaya disiapkan dengan jayanya. Tahun 2010 ini dianggap satu permulaan baru bagi satu laluan yang telah dibuka oleh kami sebelum ini dan diharap ianya dapat bergerak lebih laju dari sebelumnya.




Antara Mural yang telah disiapkan.





Restoran brother's Corner, Bangi.
70 kaki x 12 kaki





2006
Kanvas 8 kaki x 4 kaki




Sek ??
2006
22 kaki x 9 kaki





Sek Keb Seri Tasik, Cheras
2009
70 kaki x 5 kaki



Sek Keb Seri Tasik, Cheras
2009
15 kaki x 25 kaki




Sek Keb Seri Tasik, Cheras
2009
15 kaki x 25 kaki





Sek Men Keb Syed Alwi, Kangar Perlis
24 kaki x 10 kaki
Januari 2009



Tabika Kemas Losong Lebai Salleh, Kuala Terengganu
Julai 2009




Taska Nur Ibtisam Cendering Marang, Terengganu
Julai 2008






Taska Cahaya Warisan, Cendering Terengganu.
Disember 2009




Taman Penaga Jaya, Petaling Jaya
Mac 2010



Tabika Kemas Losong Lebai Salleh, Kuala Terengganu
Julai 2009





Tabika Kemas Taman Dato Harun, Petaling Jaya
Mac 2010